Spesifikasi:
- Nama Produk: Blok Teka-Teki Kreatif
- Jenis Produk: Permainan Puzzle/Blok Teka-Teki/Permainan Logik
- Bahan: ABS
- Warna: Hitam & Putih dengan bingkai/tray berwarna kuning
- Cadangan Umur: 3 Tahun Ke Atas
- Saiz Produk:
- Bingkai Segi Empat Tepat (Untuk versi 32 blok): 22 cm x 11.5 cm x 2.5 cm (Panjang x Lebar x Tebal)
- Bingkai Segi Empat Sama (Untuk versi 16 blok): 11.5 cm x 11.5 cm x 2.5 cm (Panjang x Lebar x Tebal)
- Jenis Blok: Blok berbentuk geometri
- Warna Blok: Hitam & putih
- Konsep Permainan: Menyusun blok mengikut corak/cabaran
- Kemahiran Yang Dilatih: Pemikiran logik, pengecaman bentuk, pemikiran ruang, penyelesaian masalah dan kreativiti
Nota ukuran: Ukuran diambil secara manual. Mungkin terdapat sedikit perbezaan ukuran.
Feature/Ciri-ciri Produk:
- Puzzle Dengan Pelbagai Bentuk Geometri – Blok direka dalam bentuk geometri yang boleh disusun dan digabungkan untuk menghasilkan pelbagai corak. Pemain perlu melihat bentuk dan kedudukan setiap blok sebelum menyusunnya.
- Menggalakkan Pemikiran Logik – Permainan memerlukan pemain membuat pemerhatian dan mencari cara yang sesuai untuk memenuhi ruang yang tersedia. Ini menjadikan aktiviti bermain lebih mencabar berbanding permainan yang hanya memerlukan susunan biasa
- Melatih Pemikiran Ruang – Pemain perlu memahami kedudukan, srah, saiz dan bentuk blok ketika menyusun puzzle. Aktiviti seperti ini memberikan peluang untuk meneroka konsep ruang melalui permainan secara praktikal
- Menggalakkan Kreativiti – Gabungan blok hitam dan putih boleh menghasilkan pelbagai susunan. Pemain boleh mengikuti corak cabaran yang diberikan atau mencuba kombinasi susunan yang lain.
- Permainan Hands-On – Setiap blok boleh diambil dialihkan dan disusun semula. Aktiviti fizikal seperti ini menjadikan permainan lebih interaktif dan sesuai untuk sesi bermain secara individu atau bersama keluarga.
- Dilengkapi Cabaran & Panduan – Buku/kad cabaran menyediakan contoh corak yang boleh dijadikan rujukan. Pemain boleh bermula dengan corak yang lebih mudah sebelum mencuba cabaran yang lebih kompleks.
- Tahap Cabaran Boleh Bertambah – Berdasarkan set cabaran yang disediakan, pemain boleh bergerak daripada corak yang lebih mudah kepada susunan yang lebih mencabar. Ini memberikan lebih banyak variasi kepada aktiviti bermain.
- Sesuai Untuk Aktiviti Indoor – Saiznya yang kompak menjadikannya sesuai digunakan di rumah, bilik permainan, meja belajar atau ruang aktiviti kanak-kanak.
- Sesuai Untuk Kanak-kanak 3 Tahun Ke Atas – Produk dinyatakan sesuai untuk umur 3 tahun ke atas. Ibu bapa atau penjaga disarankan memantau kanak-kanak semasa bermain
- Boleh Dimainkan Berulang Kali – Blok boleh disusun semula selepas sesuatu cabaran selesai. Pemain boleh Kembali kepada cabaran terdahulu atau mencuba kombinasi lain.
𝐀𝐩𝐚 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐁𝐮𝐧𝐠𝐤𝐮𝐬𝐚𝐧:
Set Blok Teka-teki Kreatif mengandungi
16/32 Blok Puzzle Hitam & Putih (Bergantung kepada versi yang dipilih)
1x Bingkai/tray puzzle
1x Buku Panduan Cabaran
Nota: Kandungan sebenar adalah berdasarkan set produk yang dipilih.












































Reviews
There are no reviews yet.